Monday, July 27, 2009

Kawan, kawan, & kawan

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Thanks semua coz sudi baca blog ini. Hari ni nak cakap tentang hal kawan. Korang semua pasti ada kwan kan. takkanlah korang takde kawan. Mesti sunyi kan hidup korang tanpa teman di sisi. Mungkin korang semua happy di samping kawan korang. Happy, happy gak, tetapi adakah semua kawan yang korang anggap diorang ni bez frenz ataupun BFFL(best frenz for life) korang tu semuanye boleh diharap, dipercayai ataupun SETIA dengan korang? Cubalah jawab kalau boleh. Memang boleh jawab nye. Saje je nak uji korang.Kawan korang sanggup ke bersama korang time korang susah ataupun time korang sedih? Kalau time korang senang tu jangan cakaplah... Gerenti kwn korang 24 jam bersama-sama dgn korang. Kalau korang ade bez frenz atau BFFL, layakkah diorang digelar sedemikian jikalau diorang ni sanggup tikam kita dari belakang? Cakap buruk pasal kita ataupun bahasa yang paling senang mengumpat tentang kita? Menyebarkan aib kita kepada orang lain? Memecahkan rahsia kita? Walhal selama ni kita percayakan mereka. Malahan ada yang sanggup berkawan dengan kita sebab kita ni kaya ataupun something yang serupa dengannya. Adakah mereka ikhlas nak kawan dengan kita atau sekadar mulut cakap ikhlas tetapi kalau dalam hati hanya Tuhan je yang tahu. Ini realiti. Tidak dapat nak dinafikan lagi. Adakah kita salah memilih kawan atau semuanya berpunca dari sikap kita sendiri. Ataupun yang lebih tepat, diorang ni tak tau apa maksud sebenar seorang kawan sejati. Bukannya kami nak cakap yang semua kawan kita tidak baik. Tidak... Hanya segelintir sahaja yang bersikap sedemikian. Siapa yang dapat kawan macam tu memang kasihanlah. Kalau siapa yang dapat kawan yang tidak ada sikap seperti yang dinyatakan di atas memang beruntunglah.... Jangan sia-siakan persahabatan anda. Kalau yang dapat kawan macam sikap kat atas tu... janganlah putuskan persahabatan korang. Jangan bertindak melulu-lulu. Cuba korang bawak berbincang dulu kenapa kawan korang tu buat macam itu kat korang. Bak kata Herodotus, setiap tindakan mesti ada sebab kan. Kita semua mesti tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Jadi, berilah kawan korang tu peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.Memang banyak dugaanya apabila kita berkawan. Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam persahabatan anda dan jagalah hubungan persahabatan anda sebaik-baik mungkin. Wassalam....

No comments:

Post a Comment